Friday, April 30, 2010

Memupuk Nilai Positif ....


Baik Hati
Sikap suka menolong,mudah bersimpati dan bersifat pengasih. Selalu berbaik sangka akan membuahkan rasa muhibah.

Berdikari
Tidak bergantung hidup dengan orang lain atau mengharapkan orang lain untuk menolong sepenuhnya.

Hemah Tinggi
Mempunyai budi pekerti yang tinggi dan mulia .

Hormat Menghormati
Sentiasa menaruh penghargaan dan saling memberi hormat...serta mempunyai pandangan yang tinggi terhadap semua org dgn memberi layanan yang penuh sopan dan penuh takzim.

Kasih Sayang
Pupuk kasih sayang dalam diri dgn ikhlas seperti lebih bersifat pemurah...sentiasa menghulurkan bantuan...pemurah dlm berkongsi ilmu pengetahuan .

Keberanian
Memiliki jiwa dan roh yg kuat serta berasa gagah dan tabah dlm menghadapi bahaya..kesulitan..dugaan. Menanamkan sifat keberanian yg tinggi dlm diri..minda...jiwa. Jgn sesekali putus asa kerana seseorg itu belum gagal selagi dia masih mencuba.

Apabila nilai nilai positif sudah tumbuh dlm jiwa dan hati kita....maka akan lahirlah budi perkerti dan tingkahlaku yg baik. Terserlah keharmonian..kesabaran...


No comments:

Post a Comment

sharing is caring...