Ya Allah,bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit,turunkanlah dan jika ada di dalam bumi,keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah,jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu Dhuha, Keagungan,Keindahan,Kekuatan dan KekuasaanMu, limpahkanlah kepada hamba2Mu yang soleh ."
Wednesday, May 26, 2010
Lembaran Hidup Wanita Soleha
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....
Tuesday, May 25, 2010
Monday, May 24, 2010
Siti Hajar
Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Setelah lebih kurang 6 bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Nabi Ibrahim memilih salah sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim a.s. turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.
Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikitpun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya tentang perintah Allah SWT itu. Sepanjang perjalanan tadi lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.
Setelah Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim a.s. bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu : "Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"
Tanpa memandang wajah isterinya yang dicintainya, Nabi Ibrahim a.s. hanya mampu menganggukkan kepala. ""Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."
"Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."
"Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"
Hati Nabi Ibrahim a.s bagai disayat-sayat. Pilu dan pedih hatinya, hanya Allah SWT yang tahu. "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah SWT."
Bila disebut ia perintah Allah SWT, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah SWT, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ. Dia sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah SWT. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah SWT itu?
Sewaktu gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah SWT, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelusuk dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah SWT. Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan ALlah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan...
Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya : "Jika benar ia adalah perintah Allah SWT, tinggalkanlah kami di sini. Aku redha ditinggalkan" suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya yang berlinangan.
Ditabahkan hatinya dengan berkata : "Tentang keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah SWT. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."
Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta redha di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Cuma...," katanya lagi, "doakanlah agar datang pembelaan Allah SWT kepada kami."
Nabi Ibrahim a.s sangat terharu dan bersyukur. Isterinya Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa : "Ya Tuhan kami, aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka dari buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu.
Menitis airmatanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan yang padu pada janji Allah SWT, ditunaikan juga perintah Allah SWT walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar. Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim a.s terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah SWT. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah di dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku.
Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim a.s, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga telah kering sama sekali. Anaknya Ismail a.s menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu? Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.
Namun SIti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Diapun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia telah berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air. Walaupun tubuhnya telah keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang telah kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah SWT, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail a.s. Waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."
Selepas peristiwa itu, kabilah-kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Mekah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah SWT. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Mekah menjadi tumpuan manusia untuk berdatangan. Ya, Siti Hajar, seorang wanita solehah yang merupakan isteri Nabi yang paling dicintai ALlah SWT, adalah perintis kepada semua peristiwa itu, hingga Makkah sekarang menjadi tempat yang paling diberkati dan aman.
SABAR MENGHADAPI CUBAAN
Wahai saudari muslimahku, sudah pasti setiap orang akan menghadapi dugaan dan cubaan di dalam hidup ini. Di situlah akan tergambarnya tahap keimananmu. Adakah kamu sabar atau tidak redha dengan takdir yang ditentukannya?.
Dan, di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang belayar) di laut seperti gunung-gunung. Jikalau Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Nya) bagi setiap orang yang bersabar dan banyak bersyukur. (Asy- Syura:32-33)
Kita akan mendapati bahawa Allah akan memuji orang2 yg bersabar dan menyanjung mereka sebagaimana firmanNya: Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang2 yang benar (imannya) dan mereka itulah orang2 yang bertaqwa. (al-Baqarah:177)
Kita juga akan mendapati bahawa orang2 yang bersabar adalah orang yg dicintai Allah, sebagaimana firmanNya:Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. (ali-Imran:146)
Juga akan mendapati Allah akan memberi balasan kepada orang2 yg bersabar dengan balasan yang baik. FirmanNya: Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang2 yang sabardengan pahaka yang lebih baikdaripada yang telah mereka kerjakan. (Al-Nahl:96) Dari Abu Sa’id Al-Khudry dan Abu Hurairah r.a, keduanya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang Mukmin ditimpa sakit, letih, demam, sedih hingga kekhuatiran mengusiknya, melainkan Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya.
Sabar menghadapi sakit, menahan lidah agar tidak mengeluh, dan sebagainya merupakan bekal bagi orang Mukmin dalam perjalanan hidupnya di dunia.
Justeru itu, perbaharuilah imanmu dengan lafaz la illaha illallah dan carilah pahala di sisi Allah dengan cubaan dan dugaan yang di kurniakan padamu. Janganlah sekali-kali berkata: ‘Andaikan hal ini tidak terjadi’, tatkala menghadapi takdir Allah. Sesungguhnya tidak ada taufik kecuali di sisi Allah SWT.
Saturday, May 8, 2010
Kesan Zikir Terhadap Otak
Nasib Si Suri Rumah
Bayangkan berapa kilometer beliau berjalan sehari (berulang alik dlm rumah) untuk memastikan semuanya dibereskan....dan isteri nih tak pula merungut penat.
Tak kesiankah para suami melihat akan keadaan ini. Maka tidak hairanlah jika Rasulullah saw ada bersabda -
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang baik pada isterinya... "
Bagaimana nak baik pada isteri:
i) Bila berada di tempat kerja - rajin-rajinlah telefon isteri - tanya sibuk ke? tengah buat apa tu... sejuuuk hati isteri. Tak sabo dia tunggu suami balik..
ii) Bila balik isteri tak masak - jangan marah. Bawa mereka keluar atau singsing lengan baju dan terus ke dapur untuk memasak. Jangan merungut.
iii) Beri galakan jika isteri hendak menyumbang pada masyarakat. Saya amat bahagia bila isteri saya diminta untuk bawa usrah suri rumah. Malam-malam dah tanya macamana nak guna multimedia bagi usrahnya. Rupa-rupanya tak habis tekan pun komputer masa usrah - banyak betul sumbangan idea dari yang lain.Balik dari usrah sibuk cerita apa yang berlaku dalam usrah tadi .... kan seronok suasana begini. Barulah wujud suasana dakwah di dalam rumah.
iv) Rajin-rajin menjadi pendengar yang baik. Isteri ni sangat seronok jika dapat bersembang sakan dengan suami. Banyak bebeno yang hendak diceritakannya. Gunalah teknik "active listening" ..
v) Sesekali - bawa isteri bersenam atau bersiar di padang - terutama hari Ahad.
Dan banyak lagi yang boleh dilakukan. Jika isteri bahagia, rumahtangga tenteram..aman damai...dan barulah isteri tu akan mudah dibimbing..ditegur..dan dibentuk utk menjadi isteri yg soleha.
Semoga para suami akan lebih memahami mainan hati dan emosi isteri.....bukan nak intan permata yg berjuta juta ringgit...mcm habib jewels tu..tp klu dpt mmg lagi best kan.....namun sayangi dan hormatilah hak dan keinginan isteri. Jangan suka merendah rendahkan atau menghina isteri.
Sejarah Ayat Kursi
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segalakefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, danBarang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Friday, May 7, 2010
Evaros Aloe Vera Aqua Gel
1. Mask/Masker: Rumusan pati aloe vera bertindak sebagai masker dan berfungsi menghalang kedut.
2. Lifting/Menegangkan : Gel yang mudah menyerap dan menjadikan kulit anda lebih lembap dan tegang sepanjang hari.
3. Sooting/Menyegarkan : Ia juga membantu membaiki kulit yg rosak dan terbakar disebabkan terlalu byk menggunakan bhn kimia dan toksid.
4. Moisturising / Pelembab : Aqua jel membantu mengurangi kekusaman bintik-bintik pengelupasan mikro secara lembut.
5. Wound Healer / Pemyembuh Luka : Membantu menyembuh luka dan kecederaan pada kulit.
6. Care For Problem Skin / Merawat Kulit Yang Bermasalah : Aqua Gel membantu merawat kulit berjerawat,jeragat,resdung,radang kulit dan kesan-kesan penuaan.
Cara Penggunaan/Directions to use :
Sapukan pada muka dan leher untuk kesan kelembapan. Gunakan selepas cleanser dan toner.
Thursday, May 6, 2010
Doa Seorang Isteri
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Ya Allah
Tetapi Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah sesungguhnya
Ya Allah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Ya Allah Ya Tuhanku…
Jadikanlah Daku Srikandi
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Wednesday, May 5, 2010
didik hati ....ke arah yang di redhaiNYA
Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi.."
Tuesday, May 4, 2010
Aloe Vera Aqua Gel 6 in 1 (Multi-Purpose Gel)
Gel pelembab yg mudah diserap dan tidak berminyak. Rumusan khas pati aloe vera dan pelembab istimewa membantu memelihara struktur kulit yg sihat, cerah dan tampak muda. menjadikan kulit lebih lembut...licin dan terasa segar sepanjang hari. Intensif AVAG memberikan fungsi pencerahan yg melindungi kulit..membantu memperolehi warna kulit yg lebih cerahdgn tona warna yg sekata. Gabungan bhn2 semulajadi dpt membantu mengurangi bintik bintik hitam dan mengurangi kekusaman. meminimumkan penggelapan kulit. Sesuai utk semua lelaki...wanita dan kanak-kanak.
BERMINAT !!! SILA HUBUNGI 012-4930057...(SMS/CALL) EMAIL : rimi_seri@yahoo.com
Keistimewaan 6 in 1 :-
1. Mask/Masker: Rumusan pati aloe vera bertindak sebagai masker dan berfungsi menghalang kedut.
2. Lifting/Menegangkan : Gel yang mudah menyerap dan menjadikan kulit anda lebih lembap dan tegang sepanjang hari.
3. Sooting/Menyegarkan : Ia juga membantu membaiki kulit yg rosak dan terbakar disebabkan terlalu byk menggunakan bhn kimia dan toksid.
4. Moisturising / Pelembab : Aqua jel membantu mengurangi kekusaman bintik-bintik pengelupasan mikro secara lembut.
5. Wound Healer / Pemyembuh Luka : Membantu menyembuh luka dan kecederaan pada kulit.
6. Care For Problem Skin / Merawat Kulit Yang Bermasalah : Aqua Gel membantu merawat kulit berjerawat,jeragat,resdung,radang kulit dan kesan-kesan penuaan.
Fungsi-fungsi Aloe Vera Aqua Gel :-
Untuk Kulit :
Membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat,kulit kering dan tidak bermaya,ruam panau,kurap,bisul dan sebagainya. Utk kulit melecur akibat terkena air atau minyak panas dan api. Menghaluskan kulit tumit kaki yg kasar dan pecah-pecah.
Untuk Luka :
bersifat anti-bakteria dan anti kulatbagi membunuh dan menghalang jangkitan kuman dan mengelakkan luka dari merebak serta mempercepatkan proses penyembuhan.
Untuk Rambut & Kulit Kepala :
Menggalakkan pertumbuhan rambut baru yg lebat & hitam bersinar, membunuh kuman utk menghilangkan bau yg tidak selesa pd rambut, menyejuk,mengurangi kegatalan serta melindungi dari gangguan kelimumur.
Sunday, May 2, 2010
Wanita : Akal Senipis Rambutnya
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.Untuk diluruskan oleh lelaki.Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.Didiklah mereka dengan panduan darinya.Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...Bahkan akan semakin membengkok...Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...Tapi binalah kepimpinan...Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...Jinakkan diri kepada allah...Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
Antara keistimewaan Wanita
1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.
6. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
7. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)