Thursday, July 1, 2010

MEMBERI SALAM

Hukum mermberi salam adalah sunat muakkad bagi perseorangan dan sunat kifayah bagi perkumpulan sedangkan menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardhu kifayah bagi perkumpulan.

Hikmah memberi salam :
1. mendapat keredhaan Allah
2. mendapat doa dari para malaikat
3. akan mendukacitakan iblis
4. dapat membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah (keji)
5. dapat mengukuhkan persaudaraan Islam

Dulu kita bangga memberi salam kepada saudara Islam tetapi kini kita lebih selesa dengan hanya menyebut "Hai". Kononnya lebih mudah dan ringkas. Maklumlah dalam dunia yang serba pantas ini segalanya perlu cepat. Kalu menyebut "Assalamualaikum", belum habis menyebut salam, orang tersebut sudah tiada di depan mata.
Itulah antara alasan yang sering digunakan apabila ditanya kenapa dan mengapa mereka lebih suka
mengucapkan "hai" daripada "Assalamualaikum". Tapi sebenarnya ia menunujukkan betapa rapuhnya ukhuwwah
Islamiah kita hari ini.

Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa menyebut "Assalammualaikum" dah tak serasi dengan zaman, dah tak moden dan tak ikut arus peredaran zaman. Memberi salam juga seolah-olah hanya budaya pak aji dan mak aji sahaja. Sedangkan memberi salam adalah dituntut dalam Islam terhadap seluruh umatnya. Seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud, "Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, "Apakah perkara terbaik dalam Islam ?" Baginda menjawab : "Memberi makanan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal atau tidak kau kenal" (HR. Bukahari dan Muslim )

No comments:

Post a Comment

sharing is caring...