MASALAH rumah tangga bukan hanya disebabkan hak suami yang tidak dipenuhi, tetapi mungkin disebabkan suami yang belum memenuhi kewajipannya dalam menunaikan hak isterinya.
Berikut antara pesanan buat suami untuk membahagiakan isteri seterusnya mengukuhkan ikatan rumah tangga.
•Perjumpaan yang manis
Setelah pulang dari bekerja, perjalanan jauh atau kegiatan lain yang memisahkan anda berdua, mulakan salam atau sapaan yang baik ketika bertemu.
Berikan salam sambil memberikan senyuman, ikhlaskan hati dan berdoa untuk isteri tersayang. Salah dan senyum adalah sunnah manakala mendoakan isteri adalah kewajipan anda.
Jabat tangannya dan jika perlu, cium pipinya. Jika ada berita yang tidak begitu menyenangkan hati isteri, tunda dulu niat untuk menyampaikan berita itu.
•Ucapkan perkataan yang baik
Dalam tutur kata dengan isteri, pilih kata-kata positif dan hindari perkataan yang memberikan kesan negatif supaya isteri memahami apa yang diperkatakan.
Berikan perhatian ketika mendengar kata-katanya. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai seperti mana anda ingin rasa dihargai apabila kata-kata anda didengar dengan baik.
Usah lupa panggilan mesra yang disukainya kerana ia dapat menambah kemesraan hubungan anda berdua.
•Bersahabat dan santai
Usah melayan isteri seperti rakan sepejabat atau orang bawahan seolah-olah di tempat kerja sehingga menyebabkan suasana menjadi serius dan kaku.
Jangan pula terlalu sibuk dengan urusan sendiri, sediakan waktu untuk bersamanya. Sampaikan padanya berita yang menyenangkan dan sering ingatkan kenangan indah ber samanya.
•Permainan dan selingan
Senda gurau tentunya menceriakan lagi suasana berumah tangga. Ajaklah isteri menonton pertunjukan yang tentunya menggembirakan selain beriadah di luar bersama.
•Membantunya dalam tugas rumah tangga
lakukan apa saja yang anda sukai dengan membantu melakukan tugas rumah tangga terutama jika dia letih atau sakit.
Ini penting untuk membuatkan si isteri rasa dihargai. Pada masa sama, jangan lupa berikan penghargaan atas usahanya dalam melaksanakan tugas rumah tangga.
•Musyawarah
Biasakan bermusyawarah khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga. Biarkan isteri berasa pendapatnya penting untuk anda.
Oleh itu, anda harus mempelajari dan mendengar pen dapatnya. Jika pandangannya bernas dan tepat, berterima kasih padanya.
•Perkara yang harus dilakukan apabila merancang per jalanan jauh
Apabila bertugas di luar daerah dan terpaksa meninggalkan anak isteri, ada beberapa perkara yang perlu diberi per hatian.
Ucapkan selamat tinggal yang mesra kepada anggota ke luarga terutama isteri. Ucapkan juga nasihat yang baik sebelum bertolak, berdoa dan meminta isteri selalu men doakan anda ketika tidak bersamanya.
•Bijak merancang kewangan keluarga
Sebagai suami, hendaklah bijak dalam merancang per belanjaan kewangan, sesuai dengan kemampuan kewangan anda.
•Bantulah dia supaya taat kepada Allah
Salah satu tanggung jawab sebagai suami adalah membantu isteri dalam mentaati dan mencari keredaan Allah.
•Tegur perbuatan isteri dan maafkan dirinya
Setiap insan melakukan kesalahan justeru, jangan menjadi pendendam. Usah juga mengungkit kesalahannya yang kecil dan tidak rugi jika anda memaafkan isteri apabila dia melakukan kesilapan.
No comments:
Post a Comment
sharing is caring...