Thursday, October 28, 2010

Ocean of Tears

You disobey the Divine, yet claim love for Him -
This is impossible, illogical reasoning.
If your love were true, you would certainly obey
For the lover to the Beloved is ever obedient.

My Lord, certainly, I am a weak slave
Who has come before You seeking that which You have to give.
I come before You complaining of the affliction of my sins,
For can one complain of grief to anyone but You?
Gift me with Your Pardon, my Benevolent Master
For my reliance is on none but You.

He has deprived you from tasting Divine love and purification
When he saw you persistent in treachery and harshness.
If you let go of the reigns that are keeping you from Him
He will be generous with you from His compassionate nature.

Exalted is He above doing you any injustice-
He has promised deliverance to those who deliver themselves.


My Lord, if I have drowned in my own sins,
I ask for Your pardon, Most Generous Lord
By the depth of my poverty and my utter need
For You, my Lord, in times of distress.
I ask You by my weakness, inability, and indigence,
I ask You by what Your Books have guaranteed –
I ask you by Your infinite Mercy.

Monday, October 25, 2010

Mee Sanggul Goreng

BAHAN-BAHANNYA :
Sebungkus mee sanggul celur hingga lembut, toskan
1 keping dada ayam, didadu
100 g daging batang pinang, hiris nipis
12 ekor udang sederhana besar, kupas kulit, buang urat, cuci dan toskan
2 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*(*tumbuk lumat)
1 mangkuk tauge
1 pokok sawi hijau, asing daun dan batang, cuci, kerat2 dan toskan
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos cili
2 camca besar sos tiram
4 biji cili padi, cincang halus (optional)
Kicap cair secukupnya
1/2 cawan air
1 biji telur, dikacau sedikit
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan tomato, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan



CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah/putih yang ditumbuk lumat tadi, masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram dan cili padi, tumis hingga harum, masukkan daging, kacau dan tuang air. Masak hingga daging empuk, masukkan ayam dan udang, kacau rata.

Tolak bahan tadi ke tepi kuali, masukkan telur, biar ianya sedikit mengeras dan kacau. Masukkan batang sawi, dan kacau rata. Tambah sedikit kicap cair dan masukkan mee tadi, gaul rata. Gunakan api sederhana.

Masukkan daun sawi dan taugeh, gaul rata hingga mesra dan rasa jika kurang masin, renjiskan sedikit lagi kicap cair. Masak 1 - 2 minit lagi, Matikan api dan alih dalam bekas sesuai. Hias dengan bahan untuk hiasan sebelum dihidangkan segera..... Selamat mencuba untuk semua...thanks to tiffinbiru



Thursday, October 21, 2010

Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan.”

Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.
Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.

Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.

Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.

Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.

Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali.”

Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.

Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.

Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.

Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.

Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan ‘muqorrobin’ seperti golongan para nabi itu.

Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan ‘abrar’.

Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.

Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: “Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a’alantu wama Anta a’alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta ‘ala kulli syai-in qadir.”

Ia bermaksud: “Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu.”

Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: “Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta.”

Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.

Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.

Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.

Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?

Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi’ah Al-’Adawiyyah berkata: “Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu.”

Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.

Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.

Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Menantu dan Mentua

Dalam memperkatakan mengenai Tanggungjawab Menantu Terhadap Ibu Bapa Mentua, hari ini ramai yang salah tanggap mengenai tanggungjawab terhadap mentua.

Salah tanggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mentua sedangkan mereka juga wajar dihormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.

Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak berlaku walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mentua. Menantu lelaki terutama mempunyai tanggungjawab berat terhadap mentua berbeza dengan menantu perempuan.

Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mentua, mereka mesti menghormati ibu mentua diikuti bapa mentua selepas Allah dan Rasul.

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu, bapa dan juga mentua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki.

Mengabaikan seorang daripada mentua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri diabaikan oleh si suami.

Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentua beragama apa sekali pun, sama seperti tanggungjawab anak yang sudah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam.

Wednesday, October 20, 2010

Kebahagiaan

KEBAHAGIAAN bukan terletak pada banyaknya wang ringgit atau harta semata-mata kerana kebahagiaan berkait rapat dengan ketenangan hati. Kebahagiaan adalah kesenangan hidup, suasana aman serta kemujuran yang dilalui seseorang dalam kehidupan.


Kebahagiaan terletak dalam hati, apabila hati bahagia akan terpancar kebahagiaan di wajah seseorang. Rumah tangga bahagia juga menyumbang ke arah kebahagiaan hidup dalam masyarakat.

Tokoh cendekiawan Islam, Ibnu Khaldun pernah mengatakan:

“Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis yang ditentukan Allah dan sifat perikemanusiaan.”

Tokoh Islam, Ma’adz bin Jabal pernah menyatakan:

“Sesungguhnya tak boleh bagi kamu mempunyai kebahagiaan di dunia. Dan engkau lebih berhajat lagi kepada kebahagiaan di akhirat. Maka mulai dengan kebahagiaan kamu dari akhirat lalu ambilkan. Sesungguhnya engkau akan lalu di atas kebahagiaan dari dunia, maka hendaklah engkau mengaturnya.”

Jelasnya, kesenangan hidup dan suasana aman di dunia adalah atas daya usaha kita sendiri, begitu juga kebahagiaan akhirat, kita perlu berusaha mendapatkannya. Melalui amalan baik dan ketakwaan kepada Allah, segala kebahagiaan pasti tercapai.

Ada pandangan cendekiawan Islam mengatakan, untuk mencari bahagia, bebaskan hati daripada dendam dan rasa takut. Hidup sederhana, mengharap sedikit, memberi banyak. Isi dan penuhkan harapan dengan kasih sayang. Lupakan kepentingan diri dan ingatlah orang lain. Lakukan kebaikan sesama manusia seperti anda ingin diperlakukan.

Kalangan remaja sering tersalah anggap mengenai kebahagiaan, mentafsirkan kebahagiaan adalah keseronokan dan keinginan hidup bebas tanpa kongkongan. Sebenarnya itu semua bukanlah kebahagiaan.

Kehidupan yang menjurus kepada kebahagiaan dipilih remaja sering mengakibatkan mereka terjerumus ke kancah pergolakan hidup, pergaulan bebas, melepak, berkeliaran tanpa membuat kerja berfaedah.

Tokoh Islam, Hamka pernah berkata,

“Kekayaan harta benda, pangkat atau kedudukan yang tinggi tidaklah dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur. Malah, bertambah banyak kekayaan atau bertambah tinggi kedudukan, bertambah jelaslah kekerdilan jiwa dan kekurangan seseorang. Oleh sebab itu, kayakan batin lebih dulu untuk menghadapi kemungkinan naik atau kemungkinan turun.”

Ketenangan jiwa juga boleh membawa kebahagiaan dalam hidup seseorang. Firman Allah yang bermaksud:

“Orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)

Dalam kehidupan bermasyarakat, selalu terjadi perkara berlawanan. Orang miskin dilihat serba kekurangan dan menderita, hidup mereka tenang, bergembira dan bahagia. Orang kaya, serba mewah, berilmu pengetahuan, tetapi hidupnya resah, cemas dan selalu merasa tidak puas.

Sesuatu kita miliki, jika tidak diterima dengan keimanan dan jiwa bersih, hanya akan membuat diri menjadi keluh-kesah. Kita harus menyedari tidak selamanya orang mampu menghadapi kesukaran menimpanya dan tidak selamanya orang berhasil mencapai tujuannya dengan baik.

Oleh itu, remaja perlu dididik dengan keperibadian yang luhur dan jiwa sihat supaya mampu menghadapi apa juga masalah. Dalam kehidupan, kita harus berusaha menjaga kemuliaan hati pada setiap tingkah laku dan akhlak yang ditunjukkan.

Mencari jalan menuju kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat penting dan setiap umat Islam mestilah berusaha untuk mencapai matlamat ini. Teruskanlah mendidik hati dan jiwa supaya mencapai ketenangan serta kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

Fadilat Tujuh Kalimat

Barang siapa hafal/lafaz tujuh kalimat, InsyaAllah ia terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam

Doa Memudahkan Tugas dan Bicara

DOA NABI MUSA SEMASA MENGHADAPI FIRAUN

Doa ini juga biasa digunakan bagi semasa hendak berpidato dan memudah paham ketika menuntut ilmu.

Taha 20: 25-28



Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku;

Tuesday, October 19, 2010

Mee Sup Bebola Daging

Bahan-bahanya ( untuk dua orang makan)

350gram daging boneless ( bahagi dua) satu dipotong kasar, satu lagi bahagian di blender halus )
1 ulas bawang putih
2 inci halia
1/4 biji bawang besar ( saiz sederhana) boleh ganti denga 4 ulas bawang merah
1 sudu besar rempah sup
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

*untuk bebola daging*
daging yang telah blender
2 sudu kecil tepung gandum
1 sudu kecil tepung kentang
sedikit garam
sedikit lada sulah
1/2 biji telur putih

Bahan Pelengkap
mee kuning yang telah dicelur, tauge, bawang goreng dan hirisan daun ketumbar

Cara-caranya

1.( untuk bebola daging) Di dalam bekas, satukan daging yang telah diblender bersama, lada sulah, garam, telur putih, tepung gandum dan tepung katakuriko, gaul sebati dan ketepikan.

2. Kemudian blender halia, bawang besar dan bawang putih, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selalu dan biarkan agak garing.

2. Selepas itu masukkan daging yang dipotong kasar dan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih, masukkan garam dan pes rempah sup faiza, kalau nak letak sup bunjut pun boleh, setelah daging empuk, bulatkan-bulatkan adunan bebola daging dan masukkan ke dalam air sup yang sedang medidih, ulang langkah tadi hingga adunan bebola daging habis. Setelah bebola daging timbul, menandakan bebola daging telah masak.

3. Biarkah sup mereneh seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama mee kuning dan bahan pelengkap yang lain, selamat mencuba.

Nota: boleh tambah pegedil ke...fishball...dll.

Monday, October 18, 2010

Burger Malaysia

Bahan-bahanya


250 gram tepung gandum
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1/2 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu soya boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)


-sedikit sambal ikan bilis dan hirisan timun.

( susu soya tu  letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti takut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dan biarkan naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, akhir sekali, potong ditengah-tengah dan letakkan sambal ikan bilis dan hirisan timun, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba..

Thanks to JMC.

Sata Andagi Okinawan Doughnuts

Simple...sedap...utk minum petang.

100gram tepung gandum
1 biji telur (60gram,kiranya telur saiz L)
40gram  gula merah
20gram gula
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
minyak masak secukupnya untuk proses penggorengan nanti

( tiada sebarang penggunaan air di dalam resepi ni, cecair hanya bergantung pada telur)

Cara-caranya

1. Masukkan gula putih, gula merah dan telur di dalam bekas adunan, dan kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan garam, minyak masak dan tepung gandum bersama baking powder, gaul lagi.  setelah semua adunan mesra, perap adunan lebih kurang 10 minit sebelum digoreng.
3. Jemput-jemputkan adunan bulat-bulat, jangan terlalu kecil, macam nak buat kuih bom pisang tu, goreng dengan minyak panas, api perlu sederhana jangan terlalu kuat, balik-balikkan sata andagi supaya masak sekata dan goreng hingga keperangan. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba

Nota: Kuih Sata andagi ni sedap sangat, sebab ada aroma gula merah tu, rangup di luar, lembut di dalam, ala-ala donut sikit rasanya...cubalah buat.
Thanks to jmc.

Friday, October 15, 2010

Surah Al-Waqiah - Amalan untuk dimurahkan rezeki

Amalan untuk dimurahkan rezeki
1. Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.
Bersabda Nabi saw :
“Tiap-tiap urusan penting berharga, menjadi putus berkatnya jika tidak dimulai dengan ucapan : Bismillahir rahmanir rahiem”
(Hadis Riwayat Ar-Rahawy dalam Al Arbain).
“Tidaklah seseorang hamba membaca Bismillahir rahmanir rahiem melainkan hancurlah syaitan sebagai hancurnya timah di atas api”

(Hadis Riwayat As Sayuthy dalam Lubabul Hadis).

Sabda Rasulullah s.a.w. :

”Sesiapa yang di pakaikan oleh Allah dengan suatu nikmat, maka hendaklah ia memperbanyakkan memuji Allah (dengan mengucapkan ‘Alhamdulillah’), sesiapa yang banyak dosanya maka hendaklah ia memohon keampunan kepada Allah (dengan mengucapkan ‘Astaghfirullah’), sesiapa yang lambat rezekinya hendaklah ia memperbanyakkan mengucapkan ‘Laa haula wa laa Quwwata illa billahil’aliyyil ‘Azim’ ” (Tiada daya (menghindari maksiat) dan kekuatan (melakukan ketaatan) melainkan dengan izin daripada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung).

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Di riwayatkan oleh al Mustaghfiri daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w. : Bahawa seorang lelaki berkata:
Ertinya:
“Wahai Rasulullah! Telah sedikit apa yang ada di tanganku (miskin). Maka sabda Baginda s.a.w., “Di manakah kamu dengan sembahyang para malaikat, tasbih sekalian makhluk ? Sebutlah “Subhanallah wa bihamdih’ , ‘Subhanallahil ‘Azim’, ‘Astaghfirullah’ sebanyak 100 kali pada waktu di antara terbit fajar hingga sembahyang Subuh, akan datang kepada kamu dunia dalam keadaan kecil dan terpaksa.”

Sekian wassalam , wallahuaqlam.

Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Qadar

Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Qadar



Ertinya :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

Mengikut urutan surah-surah di dalam Al-Qur’an, surah Al-Qadar jatuh pada urutan yang ke-97. Maksud Al-Qadar ialah “kemuliaan.” Surah ini agak pendek dan singkat, hanya lima ayat sahaja. Tetapi meskipun lima ayat sahaja, ia mengandungi rahsia dan khasiat yang banyak jika di amalkan mengikut peraturan-peraturan tertentu.
Menurut suatu riwayat, Imam Ahmad bin Musa pernah ditanya oleh seseorang tentang rezeki. Dia memberi penjelasan bahawa masalah rezeki akan murah dan mudah diperolehi jika kita berwirid membaca surah Al-Qadar setiap kali selesai menunaikan sembahyang (wajib) yang lima.

Terdapat banyak faedah dan khasiat yang terkandung dalam surah ini, antara lain ialah:
1. Memudahkan Mendapat Rezeki

Jika disebut ‘rezeki’, maka fikiran kebanyakan orang tertuju kepada harta benda semata-mata. Padahal yang di namakan rezeki itu lebih luas pengertiannya. Sebenarnya ‘rezeki’ itu meliputi banyak perkara, termasuk umur panjang, kesihatan tubuh badan dan segala sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika kita memohon rezeki yang murah kepada Allah bermakna yang kita minta itu meliputi apa sahaja yang kita perlukan dalam hidup kita. Menurut satu riwayat, orang yang membiasakan diri membaca surah Al-Qadar sebanyak-banyaknya akan di bebaskan dari kepayahan mencari rezeki. Allah SWT akan melapangkannya.

2. Di lepaskan Dari Seksa Kubur
Khaifiatnya, mula-mula hendaklah membacakan surah tersebut sebanyak 7 (tujuh) kali, selepas itu ambil sejemput tanah dan di sertakan pada kain kafan si mati atau di masukkan ke dalam liang lahad kuburnya. Mudah-mudahan dengan izin Allah, si mati akan di jauhkan dari seksa kubur.

3. Menguatkan Iman.
Bacalah surah Al-Qadar pada setiap hari Jumaat sebanyak 1,000 (seribu) kali, mudah-mudahan dengan izin Allah SWT iman anda bertambah kuat dan terhindar dari godaan syaitan yang terlaknat, insya-Allah.

4. Memudahkan Mendapat Rezeki Yang Halal
Untuk memudahkan mencari rezeki dan kehidupan, anda hendaklah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhi perkara-perkara yang haram. Salah satu cara dan khaifiat yang di perturunkan oleh ulama-ulama dahulu ialah beramal dengan surah Al-Qadar ini, iaitu dengan menjadikan surah ini sebagai perantaraan untuk memohon dan meminta rezeki rezeki kepada Yang Maha Memberi Rezeki, yakni Allah SWT.


Kaifiatnya ialah membaca surah Al-Qadar ini sebanyak tiga puluh enam (36) kali pada minyak wangi. Kemudian anda percikkan minyak wangi tersebut pada pakaian anda, setelah itu barulah anda bertolak untuk pergi bekerja di mana anda akan beroleh hasil atau rezeki yang halal.

5. Untuk Memperoleh Segala Impian.
Khaifiatnya, mula-mula anda hendaklah menunaikan solat hajat dua rakaat pada sebelah malam. Kemudian anda hendaklah berzikir, lalu bacalah surah Al-Qadar ini sebanyak 61 (enam puluh satu) kali. Seterusnya sebutkan apa yang anda ingin perolehi dalam hidup ini. Insya’allah, mudah-mudahan dengan izin Allah SWT terkabullah apa yang anda mohon itu.

6. Keluasan rezeki selama kain masih dapat dipakai.
Menurut ulama Ahli Hikmah, jika Surah al-Qadar itu dibaca sebanyak 35 kali, dan dibacakan pada air yang suci lalu disiramkan pada kain yang baru, kemudian kain itu dipakai untuk berusaha atau bekerja, maka insya Allah diberi keluasan rezeki selama kain masih dapat dipakai

Tuesday, October 5, 2010

Resepi Buttercream Icing

Resipi untuk buat icing cupcake atau kek.


Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm atau 30 pcs cupcakes )


1/2 cwn shortening
1/2 cwn butter
(kalau nak warna putih, guna 1 cwn shortening, tak perlu butter)


1 sudu kecil esen vanilla
4 cwn gula icing (ayak)
2 sudu besar susu segar atau air. (Kalau guna susu segar, kena pastikan kek disimpan dalam peti sejuk dan dimakan segera. Kalau nak tahan lama, guna air sahaja pun boleh)


Cara-cara
1. Pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan perlahan.


2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai habis dan pukul lagi sampai gebu. Lepas tu masukkan susu segar atau air tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih.


3. Masukkan pewarna (guna pewarna serbuk) dalam bekas berasingan jika perlu.

Chocolate Cupcake

Cupcake Chocolate Mudah


4 keping segiempat coklat masakan separa manis
6 sudu besar mentega atau margerin
3/4 cawan gula
1 sudu teh vanila esen
2 biji telur
1 1/4 cawan tepung gandum (dibahagi kepada dua bahagian)
1/2 sudu teh baking soda
3/4 cawan air

SUHU OVEN ~ 350° MASA MEMASAK ~ 19 - 21 Min.
JENIS PAN ~ 12 tin muffin pan

CARA:
1) Panaskan oven
2) Masukkan coklat masakan dan mentega ke dalam satu mangkuk dan panaskan dalam Microwave oven selama 2 minit (suhu HIGH) atau sehingga mentega cair.
3) Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
4) Masukkan gula dan vanila. Kacau rata.

5) Masukkan telur, satu per satu. Pukul dengan mixer electrik pada kelajuan perlahan setiap kali sehingga sebati dengan baik.
6) Masukkan 1/4 cawan tepung dan baking soda. Kacau rata.
7) Masukkan tepung selebihnya berselang seli dengan air. Pukul dengan rata setiap kali.
8) Masukkan ke dalam cawan cupcake di dalam pan.

Masak sehingga pencungkil gigi yang dimasukkan di tengah kek keluar dengan bersih.
Sejukkan selama 10 minit di dalam pan. Keluarkan dan sejukkan pula atas rak dawai.



Hiaskan dengan ising setelah sejuk.

Vanilla Cupcake

1/3 cawan mentega atau margerin, dilembutkan.


2/3 cawan gula
½ sudu teh baking powder.
½ sudu teh baking soda.
1 biji telur.
1 sudu teh vanilla.
1/3 cawan yoghurt tanpa perisa.
1/3 cawan susu segar.
1 1/3 cawan tepung gandum

CARA:
Panaskan oven 350°F (175°C).
Masukkan 12 keping alas cupcake dalam loyang

Di dalam mangkuk sederhana besar, pukul mentega dan gula hingga rata.
Masukkan baking powder dan baking soda ke dalam adunan dan pukul sehingga berwarna pucat (selama 1 minit)

Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang.

Campurkan vanilla yoghurt dan susu dalam mangkuk yang lain.

Dengan menggunakan mixer pada kelajuan yang rendah, pukul yoghurt dan susu bersama adunan mentega tadi. Adunan menjadi seakan dadih. Campurkan pula tepung sehingga adunan rata.

Masukkan ke dalam loyang.

Masak 15-20 minit atau bila atas kek berwarna perang keemasan atau bila pencugkil gigi yang dicucuk pada tengah kek keluar dengan bersih.

Chessy Cupcakes

Bahan-bahan ( 12-15 biji )


•200 g tepung gandum (2 cwn rata dan keluarkan 4 sb )

•150 g mentega lembut (15 sb rata atau 1/2 buku mentega+ 2 sb rata)

•150 g gula kastor/halus (15 sb rata)

•2 biji telur - dikocok

•2 sk baking powder

•60 g cream cheese

Cara-cara

1.Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan.

2.Pukul mentega dan gula hingga kembang lalu masukkan telur sedikit2 sambil dipukul terus.

3.Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau dengan senduk hingga rata.

4.Sediakan mangkuk kertas beralas acuan dan isi adunan kek 1/2 penuh,isi 1/2 sudu kecil cream cheese dan tutup lagi dgn adunan kek.

5.Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu selama 20-30 min. pada suhu 180C atau ikut kepanasan suhu oven masing2.

6.**Cream cheese boleh jugak diganti cheddar cheese atau cheese slice yg dipotong kecil,ikut selera.

Monday, October 4, 2010

Ya Allah...dengarlah rintihan hambaMU.

Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...

Ampunkan dosa dosaku....berilah petunjuk dan hidayahMU..lindungi dan peliharaku. Ya Allah..Engkaulah tempat pergantunganku... aku terlalu kecil..lemah dan jahil. Bantu dan permudahkanlah segala urusanku. keluarkan aku dr segala permasalahan ..kesedihan ..kesusahan dan penganiayaan ini. Makbulkan segala doa2 ku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.

Amin.

Friday, October 1, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah dia."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Custard cream

Cara mudah membuat custard cream..

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega


Cara-cara
1.Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2.Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
3.Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
4.Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
5.** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

Cream Puff

Bahan-bahan ( 10 biji )

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)


Cara-cara
1.Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
2.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
6.Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
7.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
8.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
9.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
10.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Blueberry cheese tart

Bahan-bahan ( 10 biji )

Bahan untuk Sweet Pastry:-

125 gm mentega / margerin 60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum


Bahan untuk Cheese Filling(inti):-


250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling

Cara-cara


1.Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.

2.Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

3.Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.


4.Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.