Tuesday, October 19, 2010

Mee Sup Bebola Daging

Bahan-bahanya ( untuk dua orang makan)

350gram daging boneless ( bahagi dua) satu dipotong kasar, satu lagi bahagian di blender halus )
1 ulas bawang putih
2 inci halia
1/4 biji bawang besar ( saiz sederhana) boleh ganti denga 4 ulas bawang merah
1 sudu besar rempah sup
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

*untuk bebola daging*
daging yang telah blender
2 sudu kecil tepung gandum
1 sudu kecil tepung kentang
sedikit garam
sedikit lada sulah
1/2 biji telur putih

Bahan Pelengkap
mee kuning yang telah dicelur, tauge, bawang goreng dan hirisan daun ketumbar

Cara-caranya

1.( untuk bebola daging) Di dalam bekas, satukan daging yang telah diblender bersama, lada sulah, garam, telur putih, tepung gandum dan tepung katakuriko, gaul sebati dan ketepikan.

2. Kemudian blender halia, bawang besar dan bawang putih, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selalu dan biarkan agak garing.

2. Selepas itu masukkan daging yang dipotong kasar dan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih, masukkan garam dan pes rempah sup faiza, kalau nak letak sup bunjut pun boleh, setelah daging empuk, bulatkan-bulatkan adunan bebola daging dan masukkan ke dalam air sup yang sedang medidih, ulang langkah tadi hingga adunan bebola daging habis. Setelah bebola daging timbul, menandakan bebola daging telah masak.

3. Biarkah sup mereneh seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama mee kuning dan bahan pelengkap yang lain, selamat mencuba.

Nota: boleh tambah pegedil ke...fishball...dll.

No comments:

Post a Comment

sharing is caring...